Wasiat dari Allah s.w.t.
Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :
Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata,
Telah datang kepadaku beberapa orang tamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, : Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya.
==========================================
Kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w. menurut pandangan Nabi Adam a.s.
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, :
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w.
empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
Taubatku hanya diterima di kota Mekah,
Sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w .diterima di manapun tempat oleh Allah s.w.t.
Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t.
maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang.
Umat Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang,
tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian.
Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t.,
maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku.
Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t.
tidak memisahkan isteri mereka.
Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.a.w. durhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.