Search This Blog

Kelebihan Bersalawat

Kelebihan Bersalawat

Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa,
Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:

Berkata Jibril a.s. : Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.

Berkata pula Mikail a.s.:
Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.

Berkata pula Israfil a.s.:
Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu.

Malaikat Izrail a.s. pula berkata :
Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .?
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Dengan kisah yang dikemukakan ini,
kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t.
Rasul dan para malaikat.
Elingo X Line
http://00000i.blogspot.com/ Updated at: 4:02:00 AM